murtiara hati

* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.
* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.
* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.
* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar
impian-impian lain selepasnya.
* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.
* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini
sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.
* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa

hidup.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak
memusnahkannya.
* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk

melakukannya adalah hinaan kepada Allah.
* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.
* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca
* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.
* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia
* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain

capai
* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal
* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa

menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku
* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia
* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.

* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan
* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi
* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui
perlaksanaan.
* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih

menghargai kesihatan.
* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.
* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama
* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian
* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan
* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat
* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan
* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia

mempunyai anak sendiri
* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar
* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar
* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia
* Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya
* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya
* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan
* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki
kelemahan diri
* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga
setanding dengan apa yang kita usahakan

* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan
membawa kepada impian.
Mutiara Kata 6
* Kekuatan tidak datang dari kemampuan fisik, tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah
mengalah
* Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup
melaksanakan sesuatu dgn tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya.
* Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus

kepadanya tanpa menyimpang.
* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.
* Tidak ada usaha yang gagal, kegagalan adalah usaha untuk mencapai kemenangan.
* Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan
memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan
kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
* Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di
dlm diri kelak.
* Orang yang benar-benar ingin berjaya akan mula memotivasikan diri sendiri terlebih dhulu,
kerana hanya dia yang memiliki kunci penggerak dirinya.
* Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam
usahanya.
* Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa
yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

* Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan.
tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang
subur.